BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Selamat Berpuasa dan Kemerdekaan ke-52

Salam untuk semua rakan..Menjelang bulan baik dan mulia ni, kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa bagi tahun ni..Alhamdulillah..Seronok melihat kemeriahan di bulan puasa samada pada waktu malam maupun siang hari terutamanya di pasar ramadhan..hahahah..mungkin sesetengah kita masih teringat bagaimana meriahnya masa kita kecil apabila tibanya waktu berbuka..Segala makanan yang dibeli sewaktu di pasar seakan-akan ingin ditelan sekali gus..Tapi..bila minum je air 2 gelas...semua makanan tolak tepi..ni bukan budak2 je yang alami..sindrom ni aku rasa akan menyerang xkira siapa..kanak2 mahupun dewasa.Janji ikut spesifikasi yang ada iaitu "lapar mata". Bulan ni jugak aku rasa beruntung kerana bulan Kemerdekaan turut jatuh pada bulan Ramadhan. Semoga Malaysia terus maju dan cemerlang. Cuma kadang kala aku terfikir apa maksud kemerdekaan bagi setiap rakyat Malaysia. Setiap kali malam merdeka pasti akan ada situasi seperti undang-undang jalan raya seperti tidak wujud pada pandangan remaja. Mereka akan memecut dan melakukan pelbagai aksi2 yang mengerikan dan ku kira amat BODOH..Malam merdeka yang lalu aku bersama rakan-rakan ham Melaka di Restoran K5 di Semabok, Melaka. Situasi yang sama turut berlaku menyebabkan ketidak selesaan dalam kalangan pelanggan restoran dan kami..Apa pun sama-sama lah kita mendoakan agar generasi pewaris akan datang tidak akan menjadikan gejala ini sebagai sebuah gejala baru yang harus dialami oleh setiap remaja. Akhir kalam selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke-52, semoga tanah tumpah darah tercinta ini akan terus maju dan maju..Merdeka, merdeka, merdeka!73